Catatan perjalan Ah Poh, Padil & kenek²-la-odeng
Doner Kebab Oude Hoogstraat
Dalam kelaparan dan separa tidur sebab kat Malaysia dah pukul 12 tengah malam, terlupa nak ambik gambar nama kedai. Tapi kedai ni corner lot di persimpangan Oude Hoogstraat dan Bethaniendwarsstraat (cuba sebut laju² 40 kali).
Dari arah Damrak, akan jumpa Coffeeshop Free Adam ni dulu (ada di Google Map)
Kalau guna street view, jalan ke depan sikit boleh
nampak kedai corner lot dinding putih
Papan tanda kedai kebab corner lot berdinding putih
Ayam goreng versi
bukan nasi, boleh mintak tukar
Seperti biasa kentang makan dengan sos tomato
Sos cili masih dilupakan dalam beg
Ayam goreng dengan
nasi
Nasi dia beras panjang dan wangi, sedap... Ayam pun rangup dan panas
Jari²
tak berapa runcing menagih simpati nak makan ayam goreng
Tapi malangnya belum
cukup umur, dapat jamah nasi je
Kedai ni tak
panggil chicken sate, dia panggil chicken stick
Sudu dan garfu dia agak
panjang jugak la
Di kedai ni kuah/sambal kena caj, tak free macam Oriental
Grill
Setengah ekor ayam panggang, tak perlu kongsi
kalau kelaparan
Untuk BaLiTa yang
lebih mengantuk berbanding orang dewasa
Dan mogok tak nak makan nasi atau
kentang atau ayam
Boleh bagi makan donat warna pink
Lepas makan,
kalau nak basuh tangan, sink dia di celah² sikit dan betul² sebelum
tangga untuk turun ke basement yang sangat curam. Tuan kedai tak bagi dukung
budak kalau nak pergi sink. Tempat nak pijak pun memang muat² kaki je. Jadi
dengar la cakap tuan kedai. Tuan kedai dia rupa macam adik beradik. Atau
mungkin kembar. Mereka pengamal sunnah nabi, senyummmm je. Semoga murah rezeki :)













14 perut lapar:
tahukah anda,saya sedang merindu.(2)
@bujal X
awak senyap lama sangat! (2)
Balik la...orang kampong dah tunggu!
arghhh!!menyelerakan!!
comeynya jari kenek2lah odeng tu..
.
weyh. aku pun suke ayam goreng gak. lagi2 drumstic
@Uncle
tunggu orang ke tunggu souvenir?
@Sharz
ayam goreng macam best kan
@tasekM
jari demok!
@Rapunzeel Cikilolo
tapi dia orang makan dengan sos tomato, turun sikit la markah, hehe
Wahhh...dah mcm blog Rasa Halal Antarabangsa :))))
@Insyirah
kedip² mata ala² he-li-za-hel-mi ;)
ah poh family elit laaaaa.... jalan amsterdam uols. untunglaaaa family elit, kita ni marhaen data plan pun takdeeeeeee........ :)
@Faisal Zakaria
pakai hp apa? 3210?
Post a Comment